

Pada hari kedua , kami ditugaskan untuk aktiviti aras tinggi dan aktiviti individu dimana perlu menggunakan kompas untuk mencari tempat yang perlu di tuju . Pada petangnya pula saya pergi berkayak dan belajar bagaimana untuk terapung diatas air. Kami berkayak di tengah laut , pada mulanya saya agak gementar dan takut jatuh didalam air yang sangat dalam , dan akhirnya berasa seronok , dan kami berkayak 2 jam untuk sampai ke destinasi. Apabila sudah sampai ke Pulau , kami semua berkhemah di situ. Kami di arahkan untuk masak masakan sendiri dan kami berjaya masak ikan pedas , sayur campur,telur dadar dan nasi.

Hari yang ke-3 kami semua pulang ke tempat asal kami di Pusat Kokurikulum dengan melalui hutan simpanan Pangkor. Apabila sudah sampai ke tempat asal , kami berehat dan makan tengahari. Pada petangnya kami membuat persiapan untuk malam gala. Saya dengan beraninya mengangkat tangan untuk menjadi pengacara pada malam gala tersebut. Saya begitu seronok dan saya mengajar mereka tepuk tepuk dalam Pengakap . Mereka sungguh terhibur dan tidak bosan .

Pada keesokkan paginya kami membuat raptai untuk majlis penutup. Majlis penutupan pada pukul 10 pagi berjalan dengan lancarnya yang dimana Pengarah Pendidikan Negeri Perak telah menghadiri dan membuat penutupan rasmi Program Future Leaders , akhirnya sesi bergambar dengan rakan rakan dan fasi fasi dan kemudian kami bersurai di Jeti Lumut. Saya berharap agar aktiviti sebegini dapat dilakukan di sekolah sekolah untuk membentuk kenyakinan diri dan mencerminkan diri dengan menjadi seorang pemimpin masa depan di negara kita. Sekian , terima kasih.
Dicacat Oleh :
NOR ZHAFIRA ADLINA BINTI MOHAMMAD MAZANI
Mass in tingkatan berapa??
ReplyDeleteTingkatan 4
DeleteMaksud saya masa ni awak tingkatan berapa ..Dan macm mama awake boleh terpilih dalam Perak future leader ..Ada sesi audition x sebelum ITU ...ataupun mmg cg yang pilih terus dapat??
ReplyDeleteYa time ni, cikgu pilih 1 wakil setiap sekolah untuk jadi wakil daerah, then 60 orang utk 1 kem bagi sesi pemilihan 30 orang terbaik, alhamdulillah saya dapat no. 9 dalam pfl kohort 1 😉
DeleteMaksud saya masa ni awak tingkatan berapa ..Dan macm mama awake boleh terpilih dalam Perak future leader ..Ada sesi audition x sebelum ITU ...ataupun mmg cg yang pilih terus dapat??
ReplyDeleteMass in tingkatan berapa??
ReplyDelete