Sunday 24 July 2016

AGP MERAIKAN KEHADIRAN MURID

Program Meraikan Kehadiran Murid dibawah Amalan Guru Penyayang minggu ke 27 . Bermula pukul 7.00 pagi Encik Mohd Amin dan Puan Hajah Latifah bt Mohd Tahir berada di pintu pagar sekolah memulakan tugas menyambut kehadiran murid . Senyuman sentiasa meniti dibibir, menyapa murid penuh mesra dan tangan dihulur erat bersalaman .  Amalan 3S itu (Senyum, Sapa dan Salam) diguna pakai semasa menyambut kehadiran murid.  Bagi Puan Hajah Latifah tugas meraikan kehadiran murid ini adalah satu kenangan manis semasa berkhidmat di SMK Seri Iskandar dan mungkin untuk kali terakhir sebelum beliau bersara.

JAMUAN AIDIL FITRI PRS 2016

Jamuan Aidil Fitri telah diadakan pada Jumaat 22 hb Julai 2016 bermula pukul 2.30 ptg hingga pukul 5.30 ptg bertempat di Chillex Concept Cafe, Seri Iskandar. Turut hadir dijamuan tersebut ialah En Hamshah b Noraini (Pen PPD B&K, PPD Perak Tengah), En Abu Hamid b Meri (PK Pentadbiran, SMK Seri Iskandar) dan En Halim b Hassan (PK HEM, SMK Seri Iskandar).
Program ini telah dikendalikan oleh PRS Ting 4 dengan bimbingan padu dari PRS Ting 5.

Program ini dirancang agar dapat memberikan ruang dan peluang untuk PRS Ting 4 mengendalikan program. Selain daripada itu diharapkan progrm ini dapat menjalinkan hubungan dengan erat dikalangan ahli PRS , kaunselor serta pengurusan sekolah. Tahniah kepada semua PRS SMK Seri Iskandar atas kejayaan mengendalikan program ini.







Wednesday 20 July 2016

AGP SAMBUTAN HARI LAHIR KE 4

Program Sambutan Hari Lahir ke 4 telah dijalankan pada 21 hb Julai 2016 pada pukul 7.20 pg hingga 7.40 pg. Sambutan Hari Lahir dikendalikan sepenuhnya oleh guru-guru bidang sains yang diketuai oleh Tn Hj Syed Muhamad b. Syed Abu Bakar  (Guru kanan Sains). Antara aktiviti yang dijalankan ialah bacaan doa, potong kek dan sagu hati kepada murid-murid . Murid yang terpilih untuk diraikan ialah :

1. Anisa A/L Pandak Lan ( 4KG3)
2. Rasmin A/L Simmi (2B3)
3. Siti Shakinah bt Ahmad (3RK1)
4. Nor Aminah Amira bt Sulaiman (3B1)
5. Siti Nut Zulaikha bt Shahidan (1B1)
6. Muhd Fadli b Zuraini (1B2)

Tahniah dan terima kasih atas usaha guru-guru bidang sains menjayakan program Hari Lahir.


Tuesday 19 July 2016

PROGRAM PECUTAN OPTIMA PT 3

Program tersebut telah adakan pada 16 hb Julai 2016 bermula pukul 8.00 pagi hingga pukul 1.00 tgh. Seramai 172 orang murid terlibat dalam program tersebut. Program dikendalikan sepenuhnya oleh En. Mohd Zaid b Abu Othman, Guru Cemerlang Bimbingan dan Kaunseling, SMK Bukit Mercu, Kuala Kangsar Perak.



Peringkat pertama program, pengisian difokuskan kepada motivasi diri murid-murid kelas peperiksaan. Antara aspek yang disentuh meliputi kepentingan moticasi pada insan, kenapa manusia tiada motivasi, perubahan sikap dan kuasa potensi minda

Peringkat 2 program berfokus kepada kemahiran belajar seperti kemahiraqn membaca, kemahiran menyemak, kemahiran mengingat dan strategi menghadapi peperiksaan.

Semoga program yang dirancang ini dapat membantu murid-murid Tingkatan 3 untuk lebih bersedia menghadapi peperiksaan yang bakal menjelma. SEMOGA BERJAYA

PERAK FUTURE LEADERS

    Pada tarikh 13-16 Julai 2016 , saya Nor Zhafira Adlina Binti Mohammad Mazani , PRS SMK SERI ISKANDAR telah mewakili Daerah Perak Tengah untuk menyertai Program Perak Future Leaders yang telah dianjurkan oleh JPN Perak . Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan . Pada mulanya , Ketua Ko telah membuat taklimat mengenai program 4 hari 3 malam ini dan kami dibahagi kepada 6 kumpulan . Saya telah mendapat kumpulan ke-3 daripada 6 kumpulan. Saya begitu seronok berjumpa dengan kawan baru di dalam kumpulan saya iaitu Azlin , Nisha , Aaron , Suresh , Shartish , Calvin , Azizi , Aidil dan Au . Kami ditugaskan untuk mencari puzzle yang dimana puzzle tersebut perlu di cari di kawasan letak parking kereta di bangunan yang berada di Lumut . Kemudian kami telah membuat logo dan slogan yang berbentuk 10 tangan bersatu dan slogan kami "We Are One" dan kemudian kami perlu membuat sorakan di khalayak ramai, ramai pelancong di situ merakan dan menangkap gambar kami . Setelah selesai , kami pergi ke Jeti untuk menunggu feri yang akan tiba .

       Apabila kami sampai ke Pulau Pangkor , kami diberi tugasan yang ke 3 iaitu menolong rakyat sekeliling seperti menolong membasuh pinggan di gerai makan,menyapu sampah dan membersihkan kedai cenderamata. Kami berjaya menyelesaikan tugasan dan mendapat tempat pertama yang menyelesai kan tugasan tersebut . Begitu juga seterusnya.

       Pada hari kedua , kami ditugaskan untuk aktiviti aras tinggi dan aktiviti individu dimana perlu menggunakan kompas untuk mencari tempat yang perlu di tuju . Pada petangnya pula saya pergi berkayak dan belajar bagaimana untuk terapung diatas air. Kami berkayak di tengah laut , pada mulanya saya agak gementar dan takut jatuh didalam air yang sangat dalam , dan akhirnya berasa seronok , dan kami berkayak 2 jam untuk sampai ke destinasi. Apabila sudah sampai ke Pulau , kami semua berkhemah di situ. Kami di arahkan untuk masak masakan sendiri dan kami berjaya masak ikan pedas , sayur campur,telur dadar dan nasi.

      Hari yang ke-3 kami semua pulang ke tempat asal kami di Pusat Kokurikulum dengan melalui hutan simpanan Pangkor. Apabila sudah sampai ke tempat asal , kami berehat dan makan tengahari. Pada petangnya kami membuat persiapan untuk malam gala. Saya dengan beraninya mengangkat tangan untuk menjadi pengacara pada malam gala tersebut. Saya begitu seronok dan saya mengajar mereka tepuk tepuk dalam Pengakap . Mereka sungguh terhibur dan tidak bosan .

      Pada keesokkan paginya kami membuat raptai untuk majlis penutup. Majlis penutupan pada pukul 10 pagi berjalan dengan lancarnya yang dimana  Pengarah Pendidikan Negeri Perak telah menghadiri dan membuat penutupan rasmi Program Future Leaders , akhirnya sesi bergambar dengan rakan rakan dan fasi fasi dan kemudian kami bersurai di Jeti Lumut. Saya berharap agar aktiviti sebegini dapat dilakukan di sekolah sekolah untuk membentuk kenyakinan diri dan mencerminkan diri dengan menjadi seorang pemimpin masa depan di negara kita. Sekian , terima kasih.

Dicacat Oleh :

NOR ZHAFIRA ADLINA BINTI MOHAMMAD MAZANI

Sunday 10 July 2016

AGP PROGRAM MENTOR MENTEE

Program Mentor Mentee ke 6
Tarikh  :  11 .7 . 2016
Masa    :  7.40 pg hingga 8.20 pg
Topik   :   Cinta Di Waktu Sekolah.
Pengisian :

i.   Definisi Cinta
ii.  Cinta Mengikut Pandangan Islam
iii. Punca Cinta di Sekolah,
iv.  Mengapa Cinta di Waktu Sekolah Tidak Sesuai,
v.   Kesan-Kesan Negetif Bercinta Waktu ekolah,
vi.  Cinta Yang Perlu di Serap Semasa Sekolah
vii. Kesimpulan



Semoga Mentor dapat berkongsi pengisian dengan mMentee berkaitan isu remaja ini seterusnya dapat membimbing mentee untuk memastikan mentee tidak terjebak dengan isu cinta di waaktu sekolah