Sunday 5 March 2017

Kursus Kepimpinan Majlis Ketua Tingkatan.

Program seterusnya pada kursus kepimpinan Majlis Ketua Tingkatan yang dianggotai oleh Ketua Kelas dan penolong ketua kelas. Program ini dijalankan pada 11 Februari 2017. Kursus ini dijalankan sepenuhnya oleh Kaunselor, Guru Disiplin, Guru penasihat MKT dan PK HEM. Kursus bermula pukul 7.20 pagi dan tamat pada pukul 2 petang. MKT didedahkan kepada tanggungjawab sebagai ketua dan penolong ketua tingkatan dengan lebih terperinci dan pentingnya MKT dalam membantu menjadikan sekolah lebih baik dan murid yang berdisiplin.

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

 Kursus kepimpinan pengawas telah diadakan pada 21 Januari 2017, Kursus itu dikendalikan sepenuhnya oleh Badan Pengawas dengan nasihat , tunjuk ajar dan pemantauan dari guru kaunseling. Slot pertama yang bertajuk kemahiran komunikasi di sampaikan oleh En Hamshah b Noraini Penolong PPD B&K,Slot seterusnya disampaikan oleh Penolong Kanan HEM, Guru Disiplin dan Kaunselor sekolah. Program bermula 7.20 pagi dan berakhir pukul 5.30 petang.

Bicara Profesional ( bersama pensyarah dari Fakulti Seni Bina Perancangan dan Ukur)

5 Januari 2017. Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur telah mengadakan satu program yang dinamakan Bicara Profesional. Program ini memberi pendedahan kepada murid tingkatan 4 dan 5 seramai 300 orang tentang Fakulti Seni Bina , Perancangan dan Ukur.

Seramai 4 orang penceramah dari program Jabatan Senibina, Jabatan di wakili oleh En. Ahmad Faiz dan En Fadhlizil, Senibina Landskap diwakili oleh Puan Ruwaidah  dan Jabatan Ukur Bahan di wakili oleh En Abdul Muhaimin. Program bermula dari pukul 8.00 pagi dan berakhir pukul 1.00 petang.

PROGRAM TITIAN MESRA TAHUN 2017

Pada 3 sehingga 6 Januari UBK SMK Seri Iskandar, telah menjalankan program minggu orentasi bagi murid tingkatan 1 dan tingkatan 4. Program itu diberi nama minggu Titian Mesra, Seramai lebih 400 orang murid mengikuti program itu.
Program Minggu Titian Mesra tingkatan 1 bertujuan untuk memperkenalkan kepada mereka tentang budaya pembelajaran, sahsiah dan disiplin di sekolah menengah, Mereka juga dibawa ke tempat- tempat penting disekitar sekolah seperti bilik guru, bilik kaunseling, tandas, makmal sains, kantin, pusat sumber, surau dan pejabat sekolah.
Program Minggu Titian Mesra tingkatan 4 pula bertujuan memperkenalkan matapelajaran di menengah atas dan budaya belajar di menengah atas. Mereka juga diberikan pendedahan tentang kerjaya selepas tingkatan 5 supaya mereka dapat merancang hala tuju bermula dari awal.