Thursday 2 June 2016

Lima Minit Anti Dadah


Sempena  Minggu Antidadah Kebangsaan SMK Seri Iskandar, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Pembimbing Rakan Sebaya telah mengadakan program Lima Minit Antidadah. Program ini dijalankan pada setiap pagi semasa perhimpunan dan audiennya adalah murid dan guru SMK Seri Iskandar serta pekerja sekolah. Perkara yang dibacakan adalah rokok dan jenis-jenisnya, bahaya merokok,asap rokok aliran utama, asap rokok aliran sisi, asap rokok basi, perokok pasif, tempat yang diharamkan menghisap rokok serta kadar denda, hukum merokok dalam Islam dan agama lain serta cara untuk berhenti merokok. Objektif proram ini adalah untuk memberikan maklumat kepada warga sekolah khasnya murid-murid tentang rokok dan kesan asap rokok kepada bukan perokok serta memberikan kesedaran kepada warga sekolah bahawa merokok adalah punca utama penyalahgunaan dadah.

No comments:

Post a Comment