Pada 23 Mei 2016 sehingga 27 Mei 2016 telah berlangsung Minggu Antidadah Kebangsaan. Pada hari Isnin 23 Mei 2016 telah diadakan perasmian Minggu Antidadah, Dalam pada itu juga warga SMK Seri Iskandar telah diperkenalkan dengan Program ATHAM, iaitu Program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia. Pada minggu ini juga berlangsung dua program ATHAM iaitu Minggu Antidadah Kebangsaan dan Kursus PRS tahap bongsu.
Penyampaian hadiah dijalankan pada hari terakhir sebelum cuti pertengahan tahun. Kursus PRS bongsu pula diadakan pada hari selasa 24 Mei 2016 bertempat di D Hotel dan disertai oleh 40 PRS tingkatan dua dan tiga dan dikendalikan oleh fasilitator PRS tingkatan empat seramai 9 orang dan PRS tingkatan lima seramai 6 orang. Program berlansung dari pukul 7.30 pagi sehingga 5.00 petang.
No comments:
Post a Comment