Wednesday 29 June 2016

Program Super Student Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 telah dijalankan pada 2 hb April 2016 bertempat di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar bermula pukul 8.00 pg hingga 1.00 tgh. Program ini melibatkan semua murid-murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 5. 

Personalia yang dijemput untuk megendalikan program ini ialah Dr Hj. Ridzuan b Mohd Sagir yang merupakan pengamal NLP dan Hynotherapy yang bertauliah. Dia memiliki ijazah kedoktoran (DBA) Southern Cross University, Australia, sarjana (MBA) dari University of Wales, Cardiff, United Kingdom dan sarjanamuda (BBA) dari Eastern Michigan University, USA. 

Program dijalankan mengikut dua sesi iaitu :

Sesi 1: Menganalisis Diri & Menyerlahkan Potensi Diri
Icebreaking; Taklimat & Prasyarat
Anda Berada Di Mana?
Menilai Potensi, Kelemahan & Kekuatan Diri
Aktiviti: Mengenal Diri
Aktiviti: Lakaran Personaliti Anda
Aktiviti: Personaliti berdasarkan VAK & Kaedah Pembelajaran



Sesi 2: Motivasi Belajar 
Membentuk Matlamat Diri Mencari Keseronokan Belajar 
Pembelajaran Sebagai Ibadat 
Aktiviti: Pelajar Pintar 
Kemahiran, Pengetahuan & Sikap Kuasa Minda Bawah Sedar:




No comments:

Post a Comment